Sumber gambar: http://static.republika.co.id/uploads/images/detailnews/budaya-gotong-royong-_120504112031-225.jpg
Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah ra. daripada Rasulullah saw., Baginda bersabda: “Sesiapa yang
meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang
kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang
menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan
keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba
selama mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang melalui satu jalan
untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesuatu
kaum (kelompok manusia) tidaklah berkumpul di satu rumah (masjid) daripada
rumah-rumah Allah, sambil membaca Al-Quran, saling memperbetulkan bacaan dan
memahami kandungannya, kecuali as-Sakinah (satu makhluk Allah Ta’ala yang
padanya terdapat rahmat dan ketenangan, serta ditemani oleh para malaikat) akan
turun kepada mereka dan mereka diselubungi oleh rahmat. Mereka juga dilinkungi
oleh para malaikat, serta disebut dan dipuji oleh Allah di kalanagan (para
malaikat) yang ada di sisi-Nya. Sesiapa yang diperlahankan oleh amalannya
(kerana amalannya sedikit), dia tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya
(keturunannya tidak akan mengangkat darjatnya). (HR. Muslim)
Dan kemudian Nabi saw. bersabda: Barangsiapa
yang memberikan sumbangan untuk pembangunan Islam berupa satu sumbangan yang
baik, maka baginya pahala di atas apa yang dia sumbangkan dan pahala siapa yang
beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurangi sedikitpun pahala
mereka, dan barangsiapa yang menyumbang untuk Islam berupa satu keburukan, maka
bagi mereka dosa dan dosa orang yang beramal dengannya setelah dari mereka,
tanpa mengurang sedikitpun dosa mereka yang sudah ada. (HR. Muslim)
@hendraahong
(Inspirasi Judul: Kusnandar)
Komentar
Posting Komentar